Monday, 21 February 2022
Thursday, 17 February 2022
APAKAH MATERIAL YANG SESUAI UNTUK
JABATAN ANDA.....
Saya yakin ramai yang tahu tentang baju korporat boleh memberi impak dari segi penampilan si pemakai. Antara waktu yang paling kerap dipakai ialah ketika ke pejabat, menghadiri mesyuarat penting atau pun majlis formal.
Namun ramai juga yang masih samar-samar tentang bagaimana memilih baju korporat yang sesuai untuk menyerlahkan lagi penampilan berbeza.
Banyak perkara yang perlu kita tahu tentang sehelai baju korporat. Ini termasuklah kualiti, stail dan perinciannya.
Yang pertama ialah warna baju korporat.
Warna baju yang sesuai dengan imej syarikat akan meningkatkan lagi keyakinan pelanggan untuk berinteraksi dengan kita. Kombinasi warna yang sesuai dalam baju korporat amat penting untuk menjaga imej korporat syarikat. Apa yang paling penting ialah menyerlahkan warna dan bukannya corak.
Kedua ialah fabrik baju korporat.
Ada 3 fabrik baju korporat yang popular iaitu:
Material Baju Korporat Terkini
Viscose Double Yarn | Polity Soft | Comb Cotton |
Teksturnya lembut ketika bersentuhan dengan kulit, dan pastinya selesa ketika dipakai | Teksturnya lembut, permukaannya licin & kelihatan sedikit berkilat. | Kain jenis ini mudah dibasuh,lembut,tahan lama,sejuk dan selesa dipakai. |
Sangat baik menyerap peluh dan yang paling baik dalam serapan berbanding kain polysoft & comb cotton | Kadar serapan peluh yang kurang baik berbanding viscose. | Serat benang yang halus & cantik. |
Jatuh kain viscose ini kelihatan cantik dan bagus, seperti kain yang sesuai untuk bahan asas pakaian seharian | Susah berdekut & cepat hilang kedut bila di sterika. | Sangat baik meresap peluh. |
Kain akan rosak & luntur warna apabila direndam dengan detergen lebih dari 1 jam | Fabrik ini sering dicampur dengan kapas untuk membantu mengekalkan bentuk & sesuai untuk baju korporat | Keburukannya adalah senang berdekut dan memerlukan daya yang kuat apabila di sterika. |
Sebaiknya ketika cucian pakaian jenis viscose tidak dicampur dengan pakaian lain. | Sesuai dicuci dengan cucian biasa & paling susah luntur warna. | Tidak digalakkan dijemur pada cahaya matahari yang langsung bagi menjaga warna fabrik. |
Ketiga ialah Design/ Reka Bentuk.
Reka bentuk baju korporat merupakan ciri paling utama semasa pemilihan pakaian. Ia bergantung dengan konsep dan tujuan korporat sama ada pelanggan mahukan sesuatu yang ringkas atau unik dalam menentukan identiti korporat masing-masing. Baju korporat berwarna putih biasanya lebih formal berbanding yang berwarna-warni.
Ynag keempat ialah Saiz.
Perkara penting yang mesti anda tahu dan pastikan sebelum membeli sehelai baju korporat adalah saiznya. Adakah saiz yang anda pilih sepadan dengan saiz tubuh anda? Adakah ia terlalu kecil atau terlalu besar? Kini terdapat pelbagai jenis potongan baju. Slim fit antara yang semakin popular berbanding potongan klasik. Untuk anda berbadan besar, pilihlah saiz yang sepadan.
Saiz terlalu besar membuatkan anda kelihatan lebih besar. Bagi mereka yang agak berotot, slim fit membuatkan anda tampil segak bergaya.
Haa itulah sedikit sebanyak info yang saya boleh kongsikan. Semoga anda boleh membuat pilihan yang bjak sebelum menempah baju korporat untuk pasukan anda, sebab apa tau, sebab baju korporta adalah penentu kejayaan syarikat anda..
Setuju tak denga saya?